Akaun serialhuda.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAK LANTAI UNTUK SERI AL HUDA

Steven R. Covey menulis The 7 Habits of Highly Effective People dan menggunakan tajuk kecil ‘Restoring The Character Ethic’.

SERI Al HUDA komited untuk Mendidik Karakter dengan Al Hikmah. Satu hasil pesanan Luqman al Hakim kepada anaknya.

Lihatlah wajah anak-anak ini yang begitu teruja dan gembira di sekolah. Gambaran keserasian mereka dengan suasana, warganya dan sekolahnya. Namun kami mahu sediakan prasarana yang lebih baik.

Tapak asal sekolah tidak mampu diperluaskan lagi atau di naiktaraf dan menyebabkan SERI AL HUDA membangunkan KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM INTEGRATIF SERI AL HUDA atau KOMSAH sebagai pusat pendidikan alaf 21.

Ia bakal menempatkan sekolah rendah dan menengah, satu hari nanti In Sha Allah.
Kompleks ini adalah merupakan sebuah blok persegi setinggi 5 tingkat (termasuk bawah) di dalam kawasan seluas 1.67 ekar.

Kos keseluruhan pembangunan kompleks beserta kelengkapan isi bangunan dianggarkan bernilai lebih RM 15.5 juta (isi kandungan anggaran lebih 1.4 juta) pada tahun 2020. Pembinaan kompleks ini adalah secara berfasa atau mengikut tingkat dengan setiap tingkat yang panjang menyediakan 6 kelas manakala tingkat pendek sebanyak 3 kelas.

Pada 2017 satu blok, 2 tingkat sebagai sebahagian dari blok 5 tingkat persegi telah dibangunkan. Pembinaan ini menggunakan teknik IBS dan mampu menaikkan bangunan kompleks tingkat demi tingkat.

PECAHAN DANA

Demi merealisasikan impian ini, pihak pengurusan sekolah pertamanya memerlukan dana sebanyak RM500 000 untuk mencukupkan RM1 juta untuk memulakan pembangunan blok B-1 (tingkat bawah dan tingkat pertama).

Fasa pertama Blok B setinggi 2 tingkat ini (sebahagian dari 5 tingkat) akan menempatkan kantin di bawah dan tiga kelas di atas.


Dalam satu kisah ulamak, adalah dikhabarkan seorang miskin yang mahu menyumbang atau sedeqah telah bersusah payah mencari jalan sehingga beliau bertemu dengan sebuah paku karat yang beliau pakukan ke dinding bangunan atau masjid yang didirikan.

Ketika dihisab diakhirat, beliau gelisah dan bimbang yang jalannya menuju neraka dan ketika itu beliau telah memasuki sebuah tempat dan akhirnya keluar dari pintu lain yang memasuki syurga, ianya hanya hasil sumbangan paku karatnya. SubhanaAllah, begitu besar ganjarannya, menyumbang hanya mengikut kemampuan walaupun sebatang paku karat.

Jom menyumbang kerana sumbangan itu bakal membantu sekolah yang mendidik anak bangsa, dengan nilai dan karater insan penuh hikmah dan berkarakter.

  

Sekolah amat teruja dan berharap bantuan samada dalam bentuk wang atau dana, sumbangan peralatan (peralatan yang wajar mengikut keperluan seperti komputer yang perlu sekurang-kurangnya model pemproses  Intel Core i3 atau Intel Core i5) atau lain-lain. Kemudahan yang di rancang adalah pendingin hawa serta mengaktifkan penggunaan teknologi dan aksesori yang berkaitan dengannya seperti LCD, laptop atau tablet, kamera video dan lain-lain yang wajar disediakan sebagai persediaan pembelajaran secara maya.

Lot infaq serendah RM50 sekaki persegi dibuka untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan pahalanya mampu di niatkan untuk orang tersayang.


Dengan infaq yang anda berikan, sudah pastinya memberi sinar buat pelajar-pelajar ini bagi melengkapkan diri menuju ke akhirat kelak.

Moga-moga segala kebaikan dan sumbangan wakaf yang diberi akan Allah SWT gandakan rahmat dan hadiahkan ladang yang luas untuk anda semua.

 

Bagaimana anda boleh membantu?

 

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:

 

Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in akaun di bawah:

 

 No.akaun8600 5416 05 (CIMB BANK)

Akaun : SEKOLAH RENDAH ISLAM AL HUDA

ATAU

No Akaun: 1416 20100 11738 (BANK ISLAM)

Akaun: TABUNG PEMBANGUNAN SERI AL HUDA

 

 

Sila letakkan reference "Infaq Lantai Al Huda" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.

 

Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpulkan dana buat PEMBANGUNAN SERI AL HUDA.

  


✨✨✨✨✨✨✨✨✨ ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

HIDUP KITA CUMA ADA 3 HARI:

Semalam: yang semestinya kita tidak dapat ulang walau sesaat

Esok: macam mana kita rasa nk tunggu pun belum tentu kita boleh sampai.

Hari Ini: kita hanya ada hari ini utk kita betulkan hari semalam dan bawa bekal utk hari esok.

 

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita sama-sama mencari bekalan yg terbaik utk hari akhirat kita. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka *terputuslah amalannya* kecuali tiga perkara: *sedekah jariah*, *ilmu yang dimanfaatkan* dengannya dan *anak soleh yang mendoakan* untuknya”.

Sahih Muslim

 

Klik link ini untuk infak lantai bagi pembangunan SERI AL HUDA

https://serialhuda.onpay.my/order/form/infaklantai

 

 

Jika sahabat-sahabat tidak mampu untuk bersedekah/infaq, sahabat-sahabat boleh *share/forward* _message_ ini kepada kenalan _contact_ anda.

 

️ ‎مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang *menunjukkan sesuatu kebaikan* maka dia *mendapat pahala sama* seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]

Mari rebut peluang infaq dan waqaf ini, selagi mana sekolah ini digunakan, selagi tu pahala tak putus-putus kita dapat!!!! 

 

Moga syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.